Showing posts with label Blogstarz. Show all posts
Showing posts with label Blogstarz. Show all posts

Truth Appeared


* klik untuk imej yg lebih jelas

Aku rasa terpanggil nak tunjukkan flyer ni kat orang ramai, ada yang tinggal mesej di shoutmix aku, aku quote disini ye " blogstarz :Beginila perangai orang yg mahu income tapi tak de usaha.." aku nak "si blogstarz" ni rujuk kembali flyer dia yg kat atas ni...

Iklan siapa kah yg mengajak org malas usaha agar masuk Blogstarz..?? Siapa yg taknak duit mudah?

Siapa target market Blogstarz sebenarnya?? Golongan tiada pengalaman internet...

kenapa golongan ini menjadi target market??.. sebab mereka2 ini diharapkan berdiam diri setelah menyedari apa hasil yang mereka perolehi tidak lah sepertimana yg dijanjikan dalam flyer di atas..

posted under | 1 Comments

STATEMENT BLOGSTARZ vs JANJI MANIS MU



ini pendapatan aku (adshare) di Blogstarz sehingga ke hari ini

cuba lihat pada point pertama pendapatan sebagai blogger.. Apa yang blogstarz janjikan? PERKONGSIAN KEUNTUNGAN SEHINGGA 80% SETIAP BULAN, aku amik pakej RM99, so hanya layak dapat 20% .

Cuba lihat kembali statement pendapatan aku di atas, adakah aku dapat income adshare setiap bulan?? aku malas nak hurai bab2 lain dulu buat masa ni...korang pikir la sendiri dulu ye...

* click image untuk view dgn lebih jelas..

posted under | 0 Comments

Blogstarz Oh Blogstarz

Untuk pengetahuan umum, aku adalah salah seorang peserta Blogstarz. Mula-mula aku kenali Blogstarz, melalui Harian Metro, kawan-kawan sepejabat semua berminat nak join benda ni since janji manis yang ditabur oleh pihak Blogstarz. Semua nak labur duit, nak share ambik pakej yang paling besar. Tapi aku cakap kat diorang bagi aku cuba dengan pakej yang paling kecik dulu, RM99.

Aku surf cari maklumat pasal Blogstarz ni sebelum aku join, dan yang mula2 sekali aku baca mengenai blogstarz ialah... Blogstarz: Apa Yang Kau Perlu Tahu Sebelum Lebur RM99 untuk Blog Sampah entri dari MohdIsmail.net (awat blog ni dah takleh bukak skrg??). Hati aku memang dah mula tak sedap time tuh.. tapi takpelah aku cuba dulu.. lagi pun RM99 je..mana tau betul2 boleh buat duit.

So, aku pun masuk le Blogstarz ni, dah bank in duit RM99, then aku fax ler butir pembayaran sepertimana di arahkan, tak cukup dengan fax, aku email, aku sms.. tapi pengaktifan memang lembab. Aku mula rasa nak marah, aku call office Blogstarz ni, haram tak dijawap, ada kawan aku tanya.."kau ni dah kene tipu kot".. Aku sedapkan hati sendiri, aku kata "isk kalo penipu takkan tiap2 minggu diorang ni masuk paper?". So aku email lak diorg ni, pastu diorg reply suruh sahkan pembayaran sekali lagi. Situ aku dah jangka, diorg ni mmg tak sistematik dan banyak masalah akan timbul nanti.

Actually, aku masuk Blogstarz untuk cari side income je, takde ler beriya2 nak jadikan ianya sumber pendapatan utama. Satu hari (setelah dekat 3minggu aku wat pembayaran), aku cuba la login akaun Blogstarz aku, huhh baru dapat akses, tu pun tak dapat sebarang notification (samada melalui email ke sms ke) yg mengatakan aku dah boleh start ber"blog". Memang tiada budi bahasa diorang ni, dah la bila kita mendaftar, takde le diorang bagi email ucapan terima kasih dan kata2 aluan sempena aku dah sedekah RM15 kat upline aku (aku pilih "founder" sbg upline aku) .

Beberapa hari dalam Blogstarz, aku belajar guna Bubbletalk, medan promosi ahli2 Blogstarz, rata2 promosi produk or programme yang sama (jadi siapa yang nak beli?) Aku yang sememangnya tiada biz yang nak di promote, adala join 2-3 biz yang modal kecil (MLM) ..dan aku pun dah jadi tak berapa bijak..terikut2 cara ahli2 Blogstarz yg amat aku kesiankan sekarang ni..BubbleTalk tu plak memang lah tak best, bayangkan selepas taip dan enter, kene klik refresh lak baru la msg yang kita taip tadi akan terpapar di skrin. Tu belum ambil kira nak setup blog lagi, memang tak user friendly.. semua nak kene cari dan cuba sendiri, (manual / tutorial utk setup blog tak diberikan). Pendek kata Blogstarz ni memang hampeh.. dan ini juga sebenarnya MLM, kalo tak taja orang ntah bila la nak kaya.. nak harap adshare, RM0.30 utk 2 bulan.. huhu lepas la nak bayar masuk tandas awam.

2 bulan aku ada dalam Blogstarz, aku dah rasa apa yang ahli dapat tak seperti yang dijanjikan. So aku dah malas nak layan, nak taja orang ..huh sorry aku taknak menipu orang, tapi ada la ahli Blogstarz yang pada mulanya aku kagum kerana kesabaran dan kesungguhannya dalam nak memajukan biz online nya, dia ni perempuan kot, tapi laki dia pun sometimes online pakai id dia.. aku pernah nak dealing biz batik dengan dia, wahh sembang cam bagus2, nak bawak ke Singapore katanya, nak order banyak.. Tapi on that time aku tak berapa harap dah sebab aku dapat rasa dah dia ni macam sembang je lebih. Aku bergiat aktif di Chat Box kepunyaan seorang rakan (juga mangsa Blogstarz) di sini aku belajar buat blog free, (blogspot) yg mana lebih mudah untuk aku set up dah lebih cantik/menarik berbanding dgn blog Blogstarz aku. (sekurang2 nya kat BLOGSPOT ni , aku tak di paksa letak iklan yang aku tak suka, buat semak je)

Owh, berbalik kepada cerita akak tuh dan laki dia, pernah sekali akak tu tersesat ke CB (chatbox) kawan aku tuh, hehe , aku ingat lagi dia ni cuba berlagak macam dia pandai sgt buat biz online ni, hari tu gak aku dengar dia melalut kata Blogstarz ni international, adik dia siap ada prospek dari luar Malaysia nak bawak join Blogstarz.. keras perut aku gelak.. ntah apa2 sungguh.

Haritu jugak aku dapat sms dari laki dia cakap yang order untuk batik tuh later dia akan confirmkan, sbb masa tuh dia takde kat Johor. Aku reply "ok je". Aku dah rasa something actually..

Next 3-4 days, aku dapat sms dari laki dia lagi, cakap nak cancel dealing dengan aku sebab kejadian kami "membancuh" bini dia kat CB kawan aku tuh. Haha something yang aku dah expect.. aku tak heran sangat sebab aku tak rugi pun. Di situ aku dah dapat tau, diorang ni memang tak professional, cepat melatah..emo.. Camana le nak bisness yekk??. Yang aku pelik, kami kutuk Blogstarz , awat bini dia or dia nak melenting.. kami pun ahli (lebih tepat kalo aku tulis mangsa) Blogstarz.. cuma kami dah sedar , salah ke kami nak sebarkan kebenaran kepada orang2 yang belum tahu.. Kami bukan seperti anda, yang sanggup buncitkan perut dengan duit menipu orang (menaja orang masuk ke Blogstarz aku anggap satu penipuan).

Okey, the main point why aku wat entri ni ialah..jeng..jeng..jeng.. SEMALAM AKU KENE SERANGAN SMS dari NMQ BLOGSTARZ..dia bengang kot aku lantang kutuk BLOGSTARZ kesayangan nya di BubbleTalk..

Sini aku letakkan SMS2 menarik dari beliau :

1. "Shacz jgn ckp byk2. Jgn jadi tali barut phd yg berlandaskan syaitan yg direjam. Jgn ingat dlm online tu line clear.. Jgn mencabar "

2. "Kalo nak sgt tunjuk jantan x jantan suruh balaci2 tu tipon aku skg! Jgn jadi kecut ckp ngan diorg.. Jadi jantan la sikit " - sms ni di tuju kat rakan2 seperjuangan ku...

3. "Ckp dgn org2 kau tu jgn tunjuk berani dlm online aje. Mana org2 kau tu? Takat citer blkg seorg pompuan mcm kau nak buatpe? Pesan kat jantan2 kau tu simpan je telur kat dalam kain kau!" lepas terima sms ni hati aku panas sat..ye la aku takde lak kutuk dia, lebih2 dah diorg ni, mana leh tahan..aku reply "woi pehal serang aku, ko yg takde telo kot"

4. "Telor adee, anak pun dah dapat sorang.. pesan kat otai2 kau tu kalo berani sgt meh tipon aku. Ckp terang2 apa prob? Jgn jadi otai2 jantan yg menyorok blkg kain pompuan mcm kau, murahan!"...aku reply gak yg ni " xde masa nak layan sms pengecut"

5. "Mana telor2 yg kau dah peram tu? Dah menetas ke belum? Lamanya tunggu! Dah jadi tembelang ke? Murahannn.."

6. "Murahannn! Warhh kah kah"

7. "Sedih bila trkenangkan mak/bapak kau dapat anak mcm ni. Ish ish ish. Penat diorang membesarkan dari janin tau2 jd murahan jgk"

7 sms dari NMQ aku balas 2 je..sbb aku tau no use layan org mcm ni... korang baca la sendiri sms2 dia..siapa yang kurang ajar??.. Sabar jela Blogstarz dah lahirkan org mcm ni..kesiann....

posted under | 6 Comments

Tribute To Blogstarz: Blog Sampah Paling Hotz Di Malaysia Masakini


Tribute To Blogstarz: Blog Sampah Paling Hotz Di Malaysia Masakini

Sebelum aku memulakan bicara, untuk pengetahuan umum aku adalah bekas peserta Blogstarz (BS) yang pertama di’banned’ oleh pihak pengurusan BS pd mlm smlm diikuti oleh beberapa rakanku yg lain. Utk mengesahkan aku prnh menyertai BS adalah baik jikalau kalian melayari http://logam.blogstarz.my Mengapa kami di’banned’? Antara sbb kami di’banned’ krn kami dikatakan melanggar syarat kontrak pihak BS dengan memburukkan BS dimana syarat kontrak ini tidak prnh kami lihat atau diberitahu. Kenapa kami dikatakan memburukkan BS? Antara sbb utama adalah usaha yg kami lakukan untuk menyedarkan org ramai yg telah ditipu dan cuba ditipu oleh pihak BS. Antara penipuan2 yg tlh dilakukan oleh pihak BS: i) dgn mengwar2kan tanpa membuat apa2 setiap peserta akan memperoleh pendapatan hasil dr Clickshare ataupun Google Adsense. Utk pengetahuan umum program ini tlh lama dibatalkan oleh pihak Google krn pelanggaran syarat oleh pihak BS dgn menyarankan peserta BS melakukan click di iklan sndr. Mgkn pihak BS tidak sedar ataupun sengaja cuba membelakangkan syarat bhw Google amat benci jika terdapat cubaan menipu spt ‘click fraud’ dgn membuat sangkaan bhw pihak Google tidak akan dpt menjejaki penipuan yg cuba dilakukan tp yg pasti kesalahan ini kemudiannya dialihkan kpd peserta. Tp walaupun program ini tlh lama dibatalkan oleh pihak Google ttp pihak BS masih menggunakan nama Clickshare/Google utk menarik perhatian lbh ramai peserta. ii)dipaksa menjadi pengiklan barangan sykt dan anak sykt BS secara tidak sedar. Jika anda melawat blog peserta2 BS anda akan melihat terlalu byk iklan yg dtg dr sykt dan anak sykt BS di mana iklan2 ini tidak akan termasuk di dlm program yg akan menerima bayaran. Yg plg mendukacitakan, walaupun secara teknikal anda tlh membeli blog ini tp anda tidak mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas blog anda. Anda trs terpaksa membiarkan iklan2 ini berada di dalam blog anda kerana tiada cara utk membuangnya. iii)sistem iod yg ketingallan zaman. Tidak spt yg diwar2kan oleh pihak sykt bhw dgn program ini anda bole membuat kuiz, ruangan chat, satu2nya perkara yg anda boleh lakukan dgn iod adalah membuat poll. Dan yg plg menyedihkan adalah Encik Nawfal dr pihak BS dgn sengaja memberi idea kpd peserta BS utk menipu pengguna lain dgn mengatakan bhw ada antara peserta terawal BS tlh membuat kuiz dgn menggunakan iod system tp tidak memberikan hadiah. System ini juga membuatkan anda terpaksa membayar sebanyak RM100 setiap thn. iv)memaksa peserta membeli debit card dgn harga RM199 jika mahu mengeluarkan pendapatan yg diperolehi dr BS. Utk pengetahuan umum anda boleh mendapatkan debit card pd harga serendah RM25 dr Bank Islam, RM20 dr EON bank dan majoriti pihak perbankan hanya menggenakan caj yg krg dr RM50 utk mendapatkan debit card. Bukankah itu juga merupakan satu lg penipuan oleh pihak BS utk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dgn memaksa peserta membeli debit card dr pihak BS walaupun mrk tlh mempunyai debit/crdt card mereka sndr. v)menjalankan sistem piramid. Jika ingin maju di dlm BS anda perlu rajin mencari org baru dgn menceritakan pelbagai cerita dogeng BS. Kebanyakan mangsa akan dibiarkan terkapai-kapai sebaik sahaja menyertai program BS. Ramai antara Master Centre, State Centre dan Regional Centre itu sndr tidak prnh kenal aper itu blog apa lg ingin membuat blog. Mangsa2 yg tlh menyertai program ini akan dibiarkan begitu sahaja walaupun tlh menghantar sms atau call berkali-kali. Aku rasa cukuplah sampai di situ sahaja pendedahan aku ttg apa sebenarnya BS. Terlalu byk utk disingkap ttg keburukan BS ttp biarlah masa yg menentukan. Sblm aku mengakhiri bicara, terima kasih kpd Encik Ramadhan yang tlh menghadiahkan aku dgn perkataan bodoh sepanjang hampir 20 minit berbicara pd mlm smlm. Sudah menjadi lumrah pihak BS utk menjawab pelbagai soalan yg tidak dpt dijawab dgn makian dan cercaan.

Terima kasih Logam, aku harap dengan artikel ini lebih ramai ahli Blogstarz akan sedar...

posted under | 10 Comments
Older Posts Home

Followers

Term of Use


Recent Comments