Ada Apa Dengan 16 September




Kalo nak tau 16 September merupakan " Hari Malaysia". Kat sini aku sertakan info yang aku dapat kat wikipedia...

" Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia. "

Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang permai ini. Amat sedih bila ada dikalangan bangsa serumpun bertindak keterlaluan membakar Jalur Gemilang, memberi nama gelaran yang hina kepada negara kita, aku malas nak mengulas lanjut berkenaan isu berkenaan , pada aku golongan yang bijak takkan mudah melatah dek isu-isu remeh, yang penting bertindak bijak bukannya bercakap banyak.Kepada semua rakyat Malaysia aku ucapkan " Happy Malaysia Day".


posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers

Term of Use


Recent Comments